Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?

KELEBIHAN PEMAKAIAN DENGAN MOTIF KOSONG




Dalam satu kajian didapati wanita yang menyukai pemakaian baju bermotif kosong adalah seorang yang suka pada kekemasan dan lebih selesa dengan gaya formal.Wanita jenis ini juga lebih bijak dalam mengutarakan pandangannya terhadap sesuatu masalah dan mempunyai idea yang bernas bagi menyelesaikannya.

Antara kegemarannya adalah pergi melancong bersama kawan-kawan.Apabila melancong,beliau dapat memerhatikan budaya masyarakat sesuatu tempat yang dilawatinya dan jika difikirkan budaya tersebut baik bagi dirinya,beliau akan cuba untuk mengaplikasikan budaya tersebut dalam kehidupan seharian.

Pemilihan warna yang disukai untuk dipakai adalah warna biru,kuning,hitam dan putih.Apabila mengenakan pakaian yang formal dengan pemilihan warna ini,ia akan memberikannya keyakinan dalam berbicara,lebih menonjol dalam memberikan idea dan ucapannya bernas.Bicaranya yang petah dapat mempengaruhi orang lain tentang ideanya.Beliau juga adalah seorang yang professional,terurus dan amat teliti dalam melakukan perancangan untuk menjayakan ideanya.

Beliau tidak suka untuk membicarakan cara pemakaian,corak pemakaian dan gaya pemakaian orang lain.Baginya,pemakaian adalah hak mutlak individu.Dan terserah kepada individu tersebut untuk memakaianya mengikut keselesaan individu terbabit.

Apabila dijemput untuk menghadiri sesuatu majlis,ketelitiannya akan membuatkan beliau membuat persediaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki seterusnya ke aksesori beg tangan dan barangan kemas.Beliau tidak mahu kelihatan canggung ketika menghadiri majlis tersebut.

Ketika dirumah menonton televisyen,beliau akan fokus pada cerita yang ditontonnya.Baginya,cerita yang ditontonnya itu mempunyai sesuatu yang ingin disampaikan dan beliau cuba untuk memahami keseluruhan plot cerita tersebut hingga kepada pengakhirannya.

Wanita jeni sini dikatakan lebih berjaya dalam karrier yang diceburinya,mempunyai karisma dalam mengetuai organisasi,bijak mengambil peluang dan serius dalam setiap perkara yang dilakukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...