Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?

PERIBADI WANITA BERDASARKAN PEMAKAIAN BAJU NERKOTAK-KOTAK ATAU BERMOTIF BUNGA

 

Bagi wanita yang menggemari pemakaian baju berkotak-kotak atau bermotif bunga,kebiasaannya wanita jenis ini adalah wanita yang mempunyai jiwa seni dan pandai pula untuk menilai sesuatu kesenian itu.Namun demikian,beliau kurang arif untuk untuk memilih seni yang sesuai untuk dirinya.

Selain menyenangi memilih pakaian berkotak-kotak dan bermotif bunga,pilihan warna yang sering kali menjadi kesukaannya ketika berpakaian adalah dari jenis warna tanah.Dengan berat lingkungan 50kg dan dipadankan dengan corak baju berkotak corak dan bermotif bunga ini,ia akan kelihatan begitu cantik penampilannya.Seringkali kain sulam menjadi pilihannya untuk ke pejabat.

Apabila berlaku masalah dalam hidupnya,seringkali dia akan suka menyendiri,berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa memerlukan bantuan dari rakan sekeliling.Ketenangan dalam menyelesaikan masalah dalam hidupnya menyebabkan beliau akan menjumpai jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.Beliau juga amat "independent" dalam hidupnya.

Dalam perhubungan dengan rakan-rakannya,dikatakan wanita jenis ini suka bergurau dan disenangi oleh rakan-rakannya.Dalam hubungannya dengan rakan yang istimewa,dia akan serius dalam perhubungan tersebut.

Jika diajak untuk melakukan aktiviti luar,keputusannya untuk melakukan aktiviti tersebut dibuat berdasarkan kepada keadaan.Andai aktiviti tersebut menyeronokkan untuk dirinya,dia tidak akan teragak-agak untuk menyertainya.

Apabila dijemput untuk menghadiri aktiviti sosial,dia jarang melakukan persediaan yang rapi kerana baginya dia lebih suka dengan konsep santai dan bersahaja.Apabila menyertai majlis ini,dia pandai menyesuaikan diri bergaul dengan orang yang tidak dikenalinya.

Apabila menonton TV,beliau gemar melakukan aktiviti sampingan seperti bermain gitar,membaca majalah atau aktiviti lain yang difikirkan sesuai untuk dirinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...