Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?

FESYEN SULAM



Fesyen sulaman adalah teknik hiasan yang dibuat di atas kain menggunakan benang,manik,logam,riben dan bulu burung.Namun demikian,teknik sulaman menggunakan bulu burung amat sukar didapati di pasaran.

Pada zaman dahulu,pakaian bersulam digunakan oleh orang-orang yang mempunyai status masyarakat yang tinggi seperti pemerintah,ahli perniagaan berjaya dan pemimpin masyarakat.Misalnya pada zaman Dinasti Tang (618-907 sesudah Masehi),pegawai tertinggi kerajaan mengenakan jubah sutera dan dihiasi oleh tenunan benang emas ketika menghadiri upacara rasmi kerajaan.

Disebabkan ketelitian dan keunikan pembuatannya,industri sulaman berkembang ke negara china dan India.Teknik sulaman yang digunakan memaparkan motif tumbuh-tumbuhan,bunga-bungaan dan haiwan liar mengikut budaya masyarakat disana.Pada kurun ke 17 dan 18,industri sulaman berkembang hingga ke negara-negara eropah seperti uniten kingdom dan belanda.

Seiring dengan perkembangan semasa,industri sulaman terus berkembang hingga ke negara turki,jordan,iran (timur tengah),negara-negara bekas jajahan soviet unoin seperti uzbekistan dan ke kepulauan melayu.

Seperti di negara-negara bekas kesatuan soviet seperti uzbekistan,kain sulaman selalunya digunakan sebagai hiasan dinding untuk mencantikkan ruang tamu mereka.Di negara-negara barat seperti United kingdom,hiasan sulaman selalunya dihiasi di meja makan atau di buat sarung di sofa.Namun demikian,bagi negara-negara di kepulauan melayu(malaysia,indonesia dan brunei),india dan pakistan,hiasan sulaman selalu dikenakan pada pakaian tradisi masyarakat setempat.

Di Malaysia,Berbaju kurung sulam bukanlah sesuatu yang asing di kalangan masyarakat.Ianya diserikan dengan penampilan siti nurhaliza dan adibah noor yang sering mengenakan pakaian bersulam untuk menghadiri anugerah industri muzik,menghadiri majlis-majlis keramaian dan kemunculan mereka di media massa.Penampilan mereka dilihat sopan dan anggun bergaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...