Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?

ADA APA DENGAN KAIN SULAM




Hari raya baru sahaja kita laluinya.Hari ni pun masih berada dalam bulan syawal.Masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat hari raya untuk para pembaca budiman sekalian.

Pada pagi raya,masing-masing melaram dengan baju raya masing-masing.Orang muda dengan fesyen orang mudanya,orang tua dengan fesyen mereka dan tidak ketinggalan juga kanak-kanak.Girang sekali melihat kanak-kanak beraya dengan baju raya masing-masing.

Jika dahulu,baju sulam ini selalu dipakai oleh makcik-makcik sahaja,namun pada tahun ini saya dapati orang muda juga sudah menyukai baju sulam.Ini menunjukkan,fesyen baju sulam ini sudah mula di terima oleh masyarakat malaysia.

Saya ada bertanyakan dengan seorang anak muda ni(saya rasa umurnya lingkungan 20 an),kawan kepada adik saya yang datang beraya di rumah 

"Cantiknya baju sulam ini.Beli kat mana."

Anak muda itu menjawab "Terima kasih kak.Tersipu-sipu dia menjawab.Beli online je kak.Susah nak cari baju sulam ni kat kedai biasa.Kalau online,banyak la.Saya pun hairan mengapa baju sulam yang mempunyai ciri-ciri unik dan cantik tak ada orang yang nak jual kat kedai"

"Mungkin peminat baju sulam ni tak ramai kot.Itu pasal dia orang tak jual kat kedai "

"Saya suka pakai baju sulam kak.Rekaannya cantik,Pembuatannya teliti.Hand made lagi tu.Ramai kawan-kawan saya sukakannya.Mereka pun mengeluh juga susah nak beli kat kedai biasa.Kalau kat butik,mahal sangat kak.Tak mampu kami nak beli.Kalau beli online tu,harganya berpatutan juga la."

Saya pun terdiam dan memikirkan tentang apa yang adik itu katakan.Saya pun berpendapat sama seperti adik tu.Fesyen baju sulam sudah mula diterima baik oleh golongan tua dan juga muda.

Berbalik tentang tajuk artikel ini "apa ada dengan kain sulam"Saya mengambil keputusan untuk menjadi pemborong,pembekal dan peruncit kain sulam ini kerana bagi saya kain sulam ini mempunyai ciri-ciri keunikannya yang tersendiri.Maksud saya unik itu adalah dari segi pembuatannya itu.Bukannya mudah untuk menghasilkan kain sulam ini.Hanya seorang yang telah dilatih 1 tahun dan keatas sahaja mampu untuk melakukan sulaman secantik itu.Untuk menyiapkan satu-satu design sulaman ini,ia mengambil masa antara 10-14 hari.Prosesnya dimulakan dengan membuat design yang diinginkan,dilukiskan design tersebut di atas kain menggunakan kertas karbon sebelum disulam menggunakan mesin jahit.Buatannya adalah berasaskan "hand made".

Semasa menjalani proses ini,tiada ruang untuk melakukan kesilapan.Jika ada sedikit kecacatan sahaja,ia akan merosakkan design tersebut.Oleh itu,hanya orang yang sabar,mahir dan tekun sahaja mampu untuk melakukannya.Tumpuan 100% diperlukan bagi menjamin kualiti kain sulam yang dihasilkan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...