Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?

TIPS UNTUK MENJADI USAHAWAN BERJAYA



Bila dah lama bercuti panjang,rasa macam malas pula nak buat kerja.Selak-selak punya selak di internet,saya ada terbaca tentang kisah seorang wanita suri rumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan dari rumah mempunyai pendapatan 5 angka sebulan.Apa yang membuatkan saya teruja untuk membacanya sehingga habis adalah kisah kejayaan suri rumah ini yang menjalankan perniagaan secara online hanya dari rumah dengan menggunakan kuasa internet dan menggunakan modal yang sangat minima.

Saya cuba kongsikan coretan beliau dan berkongsikan rahsia beliau.

Dahulunya beliau adalah seorang jurutera disebuah kilang di utara tanah air.Gajinya agak bagus.RM4k setiap bulan.Namun begitu beliau mempunyai impian untuk memiliki income yang besar,gaya hidup yang selesa tanpa mengabaikan kebajikan anak-anak dan keluarganya.

Kisahnya bermula apabila beliau sering komplen dengan suami beliau tentang jauhnya perjalanan untuk ke tempat kerja,terpaksa bersesak-sesak di dalam traffic jam untuk pergi ke tempat kerja dan untuk kembali ke rumah,tempoh memandu sehingga 1 jam setengah untuk ke tempat kerja dan balik dari kerja,pendapatan yang kurang setimpal dengan kerja yang beliau lakukan,kurangnya cuti tahunan bagi membolehkannya bercuti bersama suam dan anak-anak dan 1001 masalah di tempat kerja.

Beliau mula terfikirkan untuk mencari alternatif lain bagi menyelesaikan masah-masalah tersebut.Tetapi dalam masa yang sama mempunyai pendapatan untuk keluarganya dan dapat meluangkan masa bersama keluarganya.

Oleh itu,beliau sering melakukan solat hajat dan solat istikharah untuk memohon bantuan dari ALLAH menunjukinya ke arah jalan yang betul.Dalam doanya beliau selalu mengadu kepada ALLAH tentang keinginannya untuk mendapatkan karier yang di idamkan.Dalam masa yang sama,belai melakukan sedikit pencarian di internet dan bertanyakan kawan-kawan tentang idea-idea perniagaan yang boleh di jalankan.

Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk melakukan perniagaan di atas talian menjual produk kesihatan dari sebuah syarikat.Apa yang saya ingin kongsikan adalah beberapa pendekatan yang beliau lakukan bagi membolehkan beliau berjaya hingga ke tahap ini.

1)Sentiasa berhubung dengan ALLAH
Dalam setiap perkara yang ingin beliau ingin ceburi,beliau seringkali melakukan solat hajat,solat istikharah,berdoa supaya ditunjuki jalan yang terbaik untuknya.Beliau juga sering membaca al-quran,berzikir dan berpuasa untuk menjaga hubungannya dengan ALLAH.

2)Mencari Mentor
Dalam setiap bidang,pasti ada insan yang telah berjaya dalam bidang tersebut.Apa yang beliau lakukan adalah beliau mencari mentor dalam bidang yang beliau ingin ceburi tersebut,berguru kepadanya dan menduplikasikan 100% apa yang mentor beliau lakukan.InsyaAllah,jika tak mendapat seperti mentornya dapat,tempiasnya pasti ada.

3)Mencari Ilmu
Beliau tak jemu-jemu untuk mencari ilmu tentang bidang tersebut dan saling berkongsi ilmu tersebut bersama-sama dengan orang-orang yang berada dalam bidang tersebut.Dalam kes puan ini,beliau melakukan perkongsian menggunakan whats app group,facebook group dan sms.Melalui percambahan fikiran ini,beliau akan dapat idea baru dan pengalaman orang lain yang boleh dimanfaatkan.

4)Sistem
Beliau mempunyai sistem yang betul bagi menguruskan perniagaannya.Beliau tak memerlukan perkerja,tak perlu untuk sentiasa mengetuk pintu rumah orang untuk melakukan jualan,tak perlu menghabiskan masa beliau untuk travelling.Beliau hanya melakukan seorang diri menggunakan teknologi terkini dan sistem yang betul hanya dari keselesaan rumah.

5)Melakukan Tindakan
Beliau mempunyai visi dan matlamat beliau untuk berjaya.Oleh itu,setiap perkara beliau rancang terlebih dahulu dan melakukannya.Tak kira apa yang menghalang,beliau akan melakukannya mengikut perancangannya untuk mencapai visi dan matlamat yang telah di gariskan.

6)Impian
Impian adalah apa yang beliau inginkan dalam perniagaan ini.Apa yang beliau inginkan adalah mempunyai kewangan yang mencukupi untuk keluarga beliau,mempunyai masa untuk bersama dengan keluarganya dan dapat membantu orang-orang yang memerlukan disekelilingnya.


Apa yang saya tertarik dengan kisah beliau ini adalah ianya adalah kisah benar kehidupan beliau sebelum bergelar usahawan berjaya.Dan beliau sempat berpesan untuk meletakkan ALLAH dihadapan sebelum melakukan sesuatu.Dengan adanya petunjuk ALLAH dalam setiap tindakan kita,InsyaALLAH kita akan berjaya dalam apa jua bidang.Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada saya dan kita semua untuk berjaya.AMIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...