Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?

FESYEN SULAM DITERIMA MASYARAKAT MERENTASI SEMPADAN NEGARA,MASA DAN TARAF MASYARAKAT

Menurut sejarah,fesyen sulam sudah dipakai oleh pembesar kerajaan Dinasti Tang di China seawal 618-907 sesudah masihi lagi dan ianya berkembang hingga ke rantau eropah,negara-negara bekas kesatuan soviet,timur tengah,kepulauan melayu,india dan pakistan.Pada asalnya,ianya hanyalah dipakai oleh pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan,maharaja,ketua kerajaan,golongan bangsawan dan golongan elit usahawan berjaya.Namun sekarang,ianya sudah boleh dipakai kebanyakan rakyat biasa.

Penerimaan masyarakat tentang fesyen sulam dikhabarkan kerana masyarakat tertarik dengan ketelitian pembuatan dan keunikan sulaman tersebut.Maka,tidaklah menghairankan fesyen sulam boleh diterima masyarakat tanpa mengenal erti sempadan negara dan sempadan masa.

Di Malaysia,pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara adalah Muscat.Ia diambil sempena sebuah negara berhampiran negara Iran.Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan perasmian Sesi Penggal Persidangan Parlimen.




Kiswah atau kelambu kaabah juga menggunakan teknik sulaman untuk menghasilkannya.Kerja sulaman tersebut dilakukan oleh 200 orang pekerja di kilang kiswah di arab saudi.Kain sutera hitam bermutu tinggi yang diimport dari switzerland dan itali dan disulami dengan benang emas mengambil masa 8 bulan untuk disiapkan.Para penyulam harus di beri latihan antara 3 bulan hingga 1 tahun sebelum boleh menyertai kerja-kerja sulaman kiswah tersebut.



Contoh diatas hanyalah secebis kisah tentang sulam yang masih diterima pakai oleh masyarakat pada hari ini.Oleh itu,saya ingin berpendapat bahawa FESYEN SULAM.TAK LAPOK DEK HUJAN,TAK LEKANG DEK PANAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...