Koleksi Kain Sulam Manik Dan Sulam Benang Yang Cantik Dan Menarik Mengikut Trend Semasa.Sesuai Di Jadikan Sebagai Baju Kurung Tradisional,Baju Kurung Moden Dan Jubah.
Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?
TIPS MENDANDAN RAMBUT
TweetBagi seorang gadis,rambut adalah mahkota dirinya.Dandanan rambut yang bersesuaian dengan bentuk muka fizikal akan menambahkan lagi keayuan gadis tersebut.Bagi seorang gadis yang berkerjaya,dandanan rambut adalah penting untuk menaikkan confident level pada dirinya.Ianya juga boleh mencerminkan peribadi seseorang.
Menurut Presiden Persatuan Pendandan Malaysia (MHA) Billy Lim, menjelang 2015, gaya rambut yang mudah diurus dan menonjolkan kecantikan sedia ada tanpa menggunakan banyak warna bakal menjadi gaya semasa dan menjadi ikutan lelaki mahupun wanita.Untuk itu agar kelihatan segar dan menarik, pemilihan gaya harus sesuai dengan bentuk wajah dan karakter si pemiliknya. Ini kerana tidak semua wanita sesuai dengan gaya rambut beralun begitu juga rambut pendek, paras bahu atau panjang melepasi pinggang.Rambut berpotongan paras bahu misalnya sesuai untuk mereka yang memiliki wajah bujur manakala gaya beralun untuk mereka yang malas merapikan rambut. Kesan sedikit kusut akan kelihatan lebih cantik apabila digayakan wanita yang memiliki sifat lembut.
Bagi mereka yang gemar pada potongan rambut shaggy sama ada panjang atau pendek, mereka tetap kelihatan menarik. Namun potongan ini sesuai untuk mereka yang berwajah segi tiga dan memiliki dagu yang bujur. Dengan memberikan tambahan nilai rambut pada bahagian atas, ia akan menampakkan wanita lebih cantik dan anggun.
Bagi mereka yang ingin menghadiri acara makan malam atau pesta dandanan, sanggul dengan membiarkan rambut dikemaskan ke bahagian atas akan memberikan penampilan lebih elegan dan menawan. Tambah pula apabila digayakan dengan gaun labuh bersama perhiasan anting-anting sudah pasti gaya anda menjadi tarikan. Selain wajah bujur dan segi tiga, mereka yang memiliki wajah bulat harus bijak memilih potongan rambut bagi mengelak wajah lebih bulat. Biarkan rambut beralun cantik melebihi paras bahu manakala bahagian tepi dibiarkan menutupi bahagian rahang anda. Ini akan membuatkan wajah menjadi sedikit kecil berbanding biasa.Elakkan membuat potongan bulat atau gaya bob kerana ia menampakkan wajah lebih bulat. Pilih gaya sederhana kerana ia menampakkan penampilan lebih sempurna dan ringkas.
Walau apa pun gaya rambut anda,apa yang paling penting adalah anda selesa dengan gaya dandanan rambut anda,mudah diurus,lembut dan tidak nampak ganas.Bagi gadis yang bertudung pula,mereka tidak perlu gusar untuk memilih gaya dandanan yang bersesuaian.Kombinasi warna tudung dan warna baju atau kain yang bersesuaian sudah mencukupi untuk gadis bertudung.Untuk lebih ketrampilan,si gadis boleh mengenakan baju sulaman sebagai pelengkap kepada penampilan bertudung.Dengan teknik sulaman pada badan ataupun di leher mahupun sulaman di bahagian peha ditambah pula dengan sulaman di bahagian pergelangan tangan,penampilan si gadis akan lebih cantik dan ayu untuk menghadiri sebarang majlis keraian ;)
Labels:
Tips Anggun