Koleksi Kain Sulam Manik Dan Sulam Benang Yang Cantik Dan Menarik Mengikut Trend Semasa.Sesuai Di Jadikan Sebagai Baju Kurung Tradisional,Baju Kurung Moden Dan Jubah.
Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?
TIPS BERSOLEK UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN
TweetPada hari pertunangan,ia dianggap hari yang istimewa kepada bakal pengantin.Pada hari ini,termeterailah ikatan untuk membina sebuah rumah tangga bahagia.Pada hari istimewa ini,penampilan melalui persolekan haruslah diambil berat bagi menjadikan peristiwa tersebut menjadi kenangan yang terindah dalah hidup.Teknik solekan yang betul dapat menyerlahkan keserian wajah gadis tersebut.
Solekan untuk pertunangan lebih mudah berbanding majlis pernikahan atau persandingan kerana pemilihan koleksi warna alat solek lebih ringkas dan sederhana.Walaupun solekannya agak ringkas,namun keserian wajah si gadis akan tetap menjadi keutamaan.
Apa yang penting adalah solekan mata termasuk pemilihan warna pembayang mata yang lebih semula jadi. Warna alam seperti coklat cerah dan merah jambu cair dipilih bagi memperlihatkan gadis lebih manis dan anggun terutama saat cincin disarungkan ke jari manisnya.Saat ini pastinya semua mata tertumpu pada pasangan menjadikan semuanya perlu sempurna baik dari hujung rambut hingga kaki. Pastikan solekan memperlihatkan wajah yang segar dan lebih berseri berbanding biasa.
Celak dan maskara jangan dilupakan kerana kedua-duanya gabungan erat bagi menjadikan mata tampil besar dan menyerlah. Sapuan celak pada bahagian ekor mata menambah keindahannya manakala maskara berfungsi untuk memanjang, melebat dan melentikkan bulu mata.Celak berbeza untuk majlis pernikahan kerana ia sedikit tebal manakala untuk pertunangan mamadai hanya secalit garisan pada bahagian atas kelopak mata dan juga bawah mata. Pastikan sapuan tidak comot.
Selain mata, pewarna pipi juga perlu lebih menyerlah. Untuk itu, pemilihan rona merah jambu mampu memperlihatkan sisi si gadis yang ayu dan menawan. Apabila tersenyum, pastinya warna pemerah pipi akan menampakkan tulang pipi yang sedikit menonjol sekali gus menjadikan pasangan tampil menawan. Akhir sekali, akhiri dengan gincu merah jambu serta pengilat bibir menjadikan si dia tampil berseri.
Tidak dilupakan juga,gaya dandanan rambut juga harus sesuai dengan majlis pertunangan. Bagi yang tidak mahu memakai sebarang perhiasan,si gadis boleh meletakkan sekuntum bunga pada rambut. Rambut disisir ke tepi dan dibuat sanggul bagi menyerlahkan keindahan wajah usai disolek. Bagi pasangan kecil molek, gaya dandanan rambut sanggul akan menjadikan anda bertambah langsing dan tinggi.
Untuk menambahkan keserian majlis pertunangan,si gadis bolehlah mengenakan koleksi baju kurung bersulam benang dan diserikan dengan hiasan manik atau sulaman kerawang pada pakaian tersebut.Untuk majlis pertunangan,rona warna yang kurang terang seperti warna putih,pink cair boleh digayakan.
Akhir sekali,selamat bertunang.Semoga ikatan yang dimeterai akan berakhir ke jinjang pelamin.
Labels:
Renungan,
Tips Anggun