Koleksi Kain Sulam Manik Dan Sulam Benang Yang Cantik Dan Menarik Mengikut Trend Semasa.Sesuai Di Jadikan Sebagai Baju Kurung Tradisional,Baju Kurung Moden Dan Jubah.
Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?
MOTIF ATAU CORAK PADA KAIN SULAMAN
TweetTerdapat banyak motif atau corak yang sering digunakan bagi menghasilkan seni terindah di atas kain sulaman.Kebiasaannya,corak yang digunakan adalah tumbuh-tumbuhan,bunga yang menjalar,bunga yang memanjat dan sebagainya.
Antara corak yang popular digunakan adalah bunga mawar/rose.Ramai berpendapat,bunga mawar/rose adalah cantik.Ia dikagumi ramai dengan warnanya merahnya yang cukup istimewa,berbau harum dan mengaspirasikan cinta.
Kebiasaannya,sekuntum bunga rose/mawar mempunyai 5 helai kelopak.Dalam menghasilkan design sulam yang bermotifkan mawar ini,kelopak pertama hingga kelopak ke-5 akan disulamkan dengan benang.Dibahagian atas sekali(putik),para penghasil akan menggunakan logam/manik dan disulami logam/manik tersebut untuk menghasilkan imej seolah-olah bunga mawar tersebut sedang kembang.
Sukar betul rasanya untuk menggambarkan tentang kesenian ini.Tapi tak mengapa,kami akan memudahkan untuk memahami motif ini dengan gambar-gambar yang kami sertakan.
Labels:
Kain Bersulam,
Pemborong kain sulam,
Sulam Benang,
Sulam Manik