Koleksi Kain Sulam Manik Dan Sulam Benang Yang Cantik Dan Menarik Mengikut Trend Semasa.Sesuai Di Jadikan Sebagai Baju Kurung Tradisional,Baju Kurung Moden Dan Jubah.
Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?
FESYEN SULAM DAN BAJU KURUNG
TweetJika kita berjalan-jalan di gudang pakaian wanita atau pusat membeli belah,sukar untuk kita temukan koleksi kain sulam.Jikalau ada pun,koleksi yang ditawarkan tidaklah banyak dan mungkin kita akan bertanya balik kepara promoter tersebut "tak ada design lain ke dik?".Tetapi,jika kita melayari internet dan search di google,kita akan dapati banyak koleksi kain sulam yang ditawarkan.Ada yang didatangkan dari luar negara dan tidak kurang juga ada yang didatangkan dari malaysia.Memang rambang mata untuk membuat pilihan.Semua design yang dipaparkan unik dan amat cantik.
Secara keseluruhannya,koleksi kain sulam dibuat untuk 3 jenis pakaian iaitu kain sulam untuk baju kurung,kain sulam untuk kebaya dan kain sulam untuk jubah.Sebelum membuat pembelian,anda harus tanya kepada penjual tersebut,fesyen kain sulam ini dibuat untuk dijadikan fesyen apa?Nanti,takut anda tersalah beli pulak.Dah la kain sulam ni mahal.Kan dah menyesal.
Ketika menghantar kain sulam kepada tailor,pastikan anda bertanya dahulu kepada tukang jahit "bolehkan akak potong kain sulam ni untuk dijadikan fesyen kegemaran anda? .Untuk pengetahuan anda,bukan semua tukang jahit boleh memotong kain sulam dan menjahit kain tersebut untuk dijadikan pakaian.Ia memerlukan pengalaman dan pengetahuan tukang jahit untuk melakukannya.
Namun demikian,jika tukang jahit tersebut sudah biasa menjahit kan sulam dan mempunyai kepakaran menjahit,hasilnya memang membanggakan.
Sepanjang pengalaman 3 tahun saya menjual kain sulam,kami tidak pernah mendapat rungutan tentang koleksi yang kami jual.Kami mengambil pendekatan,saiz wanita indonesia dan saiz wanita Malaysia berlainan.Oleh itu,kami menempah saiz kain yang agak besar bagi memastikan apabila pelanggan berpuas hati dan mengelakkan tiada masalah terjadi semasa pakaian itu dijahit.Sebelum kami memulakan perniagaan kain sulam,saya ada membuat sedikit research tentang kain sulam ini.
Kami dapati,ada rungutan dari pelanggan di malaysia tentang kain sulam yang dibeli tak cukup kain untuk dibuat baju kurung,baju kurung yang terhasil agak pendek disebabkan saiz kain yang agak kecil.Oleh yang demikian,kami menempah saiz kain sulam mengikut saiz wanita malaysia.Untuk menyelesaikan masalah ini,semua koleksi kami bersaiz 4m bidang 45,4.5m bidang 45,3.5m bidang 60 dan 4m bidang 60 pun ada.Oleh yang demikian,Sepanjang pengalaman 3 tahun saya menjual kain sulam,kami tidak pernah mendapat rungutan tentang koleksi yang kami jual.
Kami juga membuat 3 set gambar dalam 1 koleksi bagi menggambarkan koleksi tersebut.Ini akan memberikan pelanggan boleh melihat koleksi kami dari beberapa jarak dan memudahkan mereka untuk melakukan pembelian mengikut citarasa masing-masing.
Jangan ragu-ragu dengan kami.Apabila kain tersebut telah sampai di tangan nada dan anda tak puas hati dengan koleksi kami,pulangkan semula kepada kami dalam masa 4 hari bekerja.Anda berhak untuk mendapatkan semula wang anda atau menukarkannya dengan koleksi yang lain.
Bagi kami,kepuasan anda matlamat kami.