Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?

SOLEKAN RINGKAS UNTUK MAJLIS GLAMOUR


Seringkali majikan di Malaysia akan mengadakan jamuan akhir tahun,gala dinner bagi menghargai kakitangan dalam menjalankan tugasan mereka.Didalam majlis berkenaan,akan dijempur tetamu istimewa dari pihak pengurusan utama syarikat dan juga artis-artis ternama bagi memeriahkan majlis.

Untuk menyerlahkan penampilan bagi menghadiri majlis tersebut,fesyen yang dikenakan haruslah bersesuaian dengan tema yang telah ditetapkan.Namun demikian,untuk mencari pakar yang arif dengan solekan bagi menyesuaikan dengan tema majlis tersebut agak susah.

Oleh itu,ramai juga diluar sana memilih pendekatan yang selamat iaitu dengan mengenakan solekan ringkas tapi menyerlah dengan menggunakan rona warna yang agak terang.

Untuk solekan ringka sini,hanya lima produk sahaja digunakan iaitu bedak asas, pemerah pipi, penggaris mata jenis gel dan gincu bibir.

Jika memiliki kulit yang agak cerah,sapukan bedak asas yang mempunyai yang senada dengan kulit kita(neutral).Penggaris mata yang digunakan pula mengunkan warna-warna yang terang dan garang seperti biru.Disusuli gincu berwarna terang dioleskan di bibir.Untuk pipi pula,solekan layang pemerah pipi sudah cukup membantu penampilan anda.

Tada.....Dah siap.Perlu diingatkan solekan yang ditampilkan haruslah sesuai dengan pakaian anda.

Selamat mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...