Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?

WAJARKAH FACEBOOK DI TUTUP




Baru-baru ini,Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,Dato Sri Ahmad Shabery cheek dilaporkan berkata akan mempertimbangkan agar facebook ditutup.Cadangan penutupan facebook di buat di atas beberapa kes yang dilaporkan sebagai menyalahgunakan facebook sebagai medium untuk mewujudkan perpecahan antara kaum,penghinaan,penipuan,hasutan,jenayah dan sebagainya.Persoalannya sekarang,wajarkah facebook di tutup.

Pengguna facebook di Malaysia dianggarkan berjumlah 16 juta.Daripada 16 juta pengguna tersebut,hanya ada 2000 kes dilaporkan sebagai penyalahgunaan facebook sebagai medium untuk mewujudkan perpecahan antara kaum,penghinaan,penipuan,hasutan,jenayah dan sebagainya.Hanya disebabkan 2000 kes itu sahaja,menteri mempertimbangkan untuk menutup facebook?.Ini bermakna hanya 0.0125% sahaja kes yang dilaporkan sebagai penyalahgunaan facebook.Amatlah tidak adil kepada lebih 16 juta pengguna yang lain

Mungkin 16 juta pengguna facebook tersebut menggunakan facebook sebagai medium untuk perkara-perkara berfaedah yang lain seperti menjalankan perniagaan,membina jenama perniagaan,berinteraksi dengan rakan-rakan diluar negara,merapatkan silaturrahim antara kenalan yang jauh dan sebagainya.Mengapa menteri tidak mempertimbangkan perkara tersebut?

Dalam dunia teknologi tanpa sempadan sekarang,sesuatu perkembangan teknologi tidak harus di rencatkan dengan mengambil langkah drastik seperti menutup facebook untuk dilayari.Sepatutnya,kerajaan mengambil langkah untuk mewarnai teknologi tersebut dengan mengambil bahagian dalam penyertaannya.Tidakkah mereka tahu bahwa facebook adalah medium pemberitahuan yang cepat dan mudah menjadi viral?

Beberapa syarikat besar diluar negara bertaraf multi billion company turut menggunakan medium facebook sebagai langkah menjimatkan kos pengiklanan mereka untuk memperkenalkan produk terbaru keluaran mereka.Itulah maksud saya sebagai menyertai teknologi facebook.

Bagi saya,facebook amat penting untuk memulakan perniagaan dan saya menggunakannya bagi mengelakkan menanggung kos overhead yang tinggi untuk memulakan perniagaan.Dengan menggunakan facebook dan beberapa medium internet yang lain,saya dapat menjimat kos untuk menjalankan perniagaan saya sebanyak 80%.Dengan sistem pengiklanan yang efektif dan targetting yang ditawarkan di facebook dan medium internet yang lain,ia amat berguna untuk menjenamakan perniagaan saya.

Oleh yang demikian,jika ditanyakan kepada saya,wajarkah facebook di tutup,saya amat menentang keras.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...