Untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya melakukan jualan di internet,KEPERCAYAAN dari pelanggan haruslah dititikberatkan.Soalnya adalaha bagaimanakah untuk memberikan kepercayaan kepada bakal pembeli kita.
1) Tunjukkan kepakaran anda dalam bidang tersebut.
Dalam dunia internet,seseorang melayari internet kerana mereka ingin mencari maklumat tentang sesuatu perkara.Dengan itu,bagi menimbulkan kepercayaan mereka,kita haruslah menunjukkan kepakaran kita didalam bidang yang kita ceburi.Mungkin kita boleh berkongsi sedikit tips atau menulis rencana tentang kepakaran itu.Dengan yang demikian,tahap kepercayaan pelanggan akan bertambah dengan artikel yang kita tulis itu.
2) Beriklan dengan pengiklanan secara berbayar.
Ada pepatah inggeris pernah berkata "Jika anda membangunkan sebuah bandar,lama-kelamaan orang akan mengunjungi bandar anda".Dalam perniagaan internet,pepatah demikian tidak boleh berlaku tanpa aktiviti pengiklanan yang berkesan.Jika kita hanya membuat satu laman web yang terbaik dan hanya mengharapkan pelanggan akan terus datang ke laman web kita dan terus melakukan pembelian,lupakanlah sahaja.Didalam internet,terdapat mungkin berbillion laman web dan mungkin beribu-ribu laman web yang menjual produk yang sama.Bagaimana anda boleh beranggapan dengan hanya membina laman web yang bagus,pembeli akan terus melakukan pembelian tanpa kita melakukan aktiviti pengiklanan?