Cantik Tak Koleksi Kain Pasang Di Sini?

TIPS BERNIAGA SECARA ONLINE (Bahagian 1)



Pada waktu sekarang,didapati semakin ramai orang yang suka berniaga di internet.Tak kiralah samada jualan dilakukan melalui facebook,instagram,whatsapp dan lain-lain.

Tahukah anda,faktor terpenting didalam kelangsungan berniaga secara online ini adalah soal KEPERCAYAAN.Tiada guna jika kita mempunyai produk yang hebat tetapi masih tidak dapat jualan yang dibanggakan walaupun kita sudah melabur banyak wang untuk tujuan promosi.Seseorang pelanggan tidak akan membeli dari kita jika kita gagal untuk membina kepercayaan tentang produk dan perniagaan kita kepada mereka.

Untuk membina kepercayaan pelanggan ini,tidaklah semudah yang disangka.Tempohmasa yang diperlukan untuk membina kepercayaan ini juga bukanlah sehari.Ia memerlukan masa yang panjang,teknik yang betul dan usaha yang berterusan.

Untuk lebih memahami tentang KEPERCAYAAN pelanggan ini,kita seharusnya cuba untuk meletakkan diri kita sebagai pelanggan.Adakah KEPERCAYAAN akan wujud dengan hanya kita membuat website yang menjual sahaja,adakah cukup dengan hanya mempunyai fanpage yang mempunyai ribuan fan sudah cukup untuk membuatkan pelanggan berasa yakin dengan perniagaan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...